suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar 'sporting' nyanyi lagu Sampaikan Salam Cintaku

PASTI ramai yang mengetahui mengenai bakat seni Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka menyanyi dan menari.

Seperti biasa, beliau tidak kekok untuk menghiburkan tetamu yang hadir sama ada ketika menyampaikan ceramah politik atau di majlis makan malam.

Terbaharu, Anwar menerima tepukan gemuruh daripada tetamu Majlis Malam Galam PKR yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad malam.

Tampil selepas dipelawa vokalis kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, Anwar begitu sporting menyanyikan lagu Sampaikan Salam Cintaku secara duet.

Persembahan mereka turut diiringi anak perempuan mendiang Loganathan Arumugam, Dasya Logan.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Anwar Ibrahim, Alleycats


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi