suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 6 tahun tinggalkan dunia racing, Faye Kusairi buat ‘comeback’ sertai lumba kereta

SETELAH 6 tahun meninggalkan dunia permotoran, pelakon Faye Kusairi memberitahu dia bakal kembali beraksi di litar Sepang untuk perlawanan sempena Malaysia Speed Festival.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 38, berkata perasaan tidak sabar dan teruja semakin menebal dalam dirinya memandangkan tarikh perlumbaan tersebut semakin hampir iaitu pada 16 Februari nanti.

“Saya akan kembali dalam perlumbaan tahun ini dan akan sertai Malaysia Speed Festival di Sepang, Selangor... ini merupakan perlumbaan pertama saya setelah tinggalkan sejak 2019 dulu.

“Sangat gementar sebenarnya sebab perlumbaan ni bukannya suka-suka tapi banyak perkara yang perlu saya ingat kembali daripada segi teknik dan waktu perlumbaan terakhir dulu anak baru seorang tapi sekarang dah tiga ya.

“Alhamdulilah walaupun sibuk dengan jadual kerja meniaga, berlakon tapi suami banyak berikan sokongan dan tahu uruskan masa buat saya, ini merupakan langkah awal sekiranya okay saya akan terus aktif berlumba kembali,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi