suria

UNIC guna TikTok dekati generasi muda, sangkal dakwaan nasyid tidak relevan lagi

KUMPULAN UNIC tidak terkesan dengan kata-kata netizen yang menggangap genre lagu nasyid tidak lagi releven pada tahun ini.

Mengulas perkara itu, vokalis UNIC iaitu Fitri Haris berkata mereka tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut malah menyifatkan individu yang bercakap itu kurang berpengalaman mengenai muzik khususnya genre kerohanian dan nasyid.

“Ada saja yang hentam kami sebab selalu buat content di TikTok tapi kami ada sasaran tertentu, kami ada lagu-lagu selawat dan mengaji untuk menarik generasi baru tapi ada yang tak faham serta kehausan content baik-baik.

“Kami tidak kisah sekiranya dikecam kerana yang paling penting kami tahu apa kami lakukan itu kearah kebaikan.

“Memang ada juga yang mengatakan nasyid tidak lagi releven, tapi pada saya bergantung cara pandangannya, ada je yang dengar lagu nasyid Raihan... dia minat lagu tu sedangkan tak minat genre nasyid maka individu tersebut tak buat kajian,” kata Fitri kepada mStar.

Dalam perkembangan lain UNIC baru saja memenangi di Anugerah Carta 114 anjuran TV AL- Hijrah pada Sabtu lalu bagi kategori Lagu Terbaik dan Vokal Terbaik yang membawa wang kemenangan sebanyak RM30,000. berserta trofi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi