suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fokus Ryan Bakery bukan populariti tapi cari rezeki sara keluarga

LAMBAKAN ‘influencer’ di media sosial tidak mendatangkan kegusaran kepada pempengaruh Ryan Bakery untuk terus kekal relevan di platform tersebut.

Ini kerana kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, dia tidak pernah terfikir mengejar populariti sebaliknya mahu mencari rezeki menyara keluarga.

“Saya sudah letak di dalam fikiran awal-awal yang saya mahu cari rezeki berbanding populariti sebabnya kalau kita kejar popular, tidak akan kekal lama.

“Jadi saya sentiasa (fikir konten yang bagus) untuk mencari rezeki. Sebab itu kalau ada ruang untuk pergi ke media arus perdana, saya pergi sahaja untuk kuatkan lagi jenama saya,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai perkembangan semasanya, Ryan memaklumkan 2025 merupakan tahun yang indah baginya apabila bakal berkolaborasi bersama banyak jenama besar.

“Tahun ini Alhamdulillah saya ada beberapa kolaborasi dengan jenama-jenama besar. Itu semua adalah rezeki anak,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi