suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Along Cham sebak kongsi pengalaman sambut ‘birthday’ dalam penjara, terima layanan baik

BERKONGSI pengalaman ketika berada di dalam Penjara Sungai Buloh, Selangor membuatkan pelakon dan pelawak Along Cham bersama ibunya tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Cuba menahan kesedihan, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad berkongsi pengalaman pertamanya menyambut ulang tahun kelahiran di dalam sel penjara.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh. Mereka memberikan sokongan moral kepada saya sejak awal sehingga hari terakhir saya keluar. Itulah membuatkan saya kuat di sana.

“Paling seronok apabila semua OKT (Orang Kena Tuduh) dekat dalam itu (penjara) sambut hari lahir saya. Saya tidak sangka apabila mereka kumpulkan roti yang mereka dapat dan jadikan ia sebagai kek. Siap letak coklat dan tulis nama saya.

“Itu adalah pengalaman yang saya tidak boleh lupa. Semua menyanyi untuk saya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Along juga percaya bahawa terhadap hikmah di sebalik kejadian yang berlaku terhadapnya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi