suria

Mamat dan Shuib buka cerita tak jadi pergi umrah, diperli rakan artis

PELAWAK Shuib dan Mamat Sepahtu kesal apabila ada golongan selebriti menyindir mereka gara-gara menangguhkan ibadah umrah bersama satu agensi sebelum ini.

Menurut Mamat, meskipun ada pihak mendakwa itu sekadar content namun dia dan Shuib tidak berkecil hati malah percaya dengan rezeki tuhan itu.

“Ada orang yang mempersendakan kami dan ketawakan kami, yang terkejut golongan itu adalah dalam kalangan artis kami kenal.

“Mereka berkata seolah-olah kami bergurau yang tak dapat pergi umrah tu, malah ada siap perli lagi tapi tak apa sebab bagi saya memang tak kisah.

“Walaupun apa orang pun kata kalau ada juga rezeki tu tak ke mana, lagipun banyak lagi agensi pelancongan yang tawarkan kepada kami,” kata Mamat kepada mStar.

Setelah menarik diri untuk tidak bekerjsama dengan satu agensi umrah, pelawak Shuib Sepahtu dan Mamat bersyukur kerana diberikan peluang kali untuk bekerjasama dengan Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Difahamkan pihak agensi tersebut akan menaja mereka bersama keluarga untuk pakej kali ini dan dijangka mengerjakan umrah pada 2 April depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi