suria

Nur Nilam bangga terima anugerah usahawan, Azlan Komeng tak kecil hati dituduh menumpang isteri

PELAKON Azlan Komeng menafikan dakwaan segelintir pihak yang menggelar dirinya seorang suami tidak bertanggungjawab kerana membiarkan isteri iaitu Nur Nilam Ortiz bekerja sendirian dan menanggung keluarga.

Kesal dengan tuduhan itu, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, sebaliknya membantu isterinya terutama dalam bidang peniagaan yang sedang mereka usahakan.

“Komen saya senang saja, di sebalik orang depan kamera tu pasti ada orang sokong di belakang jadi itulah saya, memang orang nampak isteri saya banyak bercakap tapi tak semestinya saya tak buat apa-apa sebab saya bantu sediakan bahan.

“Tak perlu pun untuk orang tahu yang penting kita buat sebab kalau fikir mulut orang nanti akan pening nak jawab, sampai bila-bila tak selesai... tak penting orang cakap apa tapi yang penting rumah tangga kami baik,” kata Azlan kepada mStar.

Sementara itu, isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz telah mendapat penganugerahan khas tokoh di majlis Ushawan Madani 2025 di Hotel Concorde Kuala Lumpur atas pencapaiannya mendapat jualan paling banyak dalam tempoh sebulan.

“Terkejut sebenarnya tak sangka pula dapat anugerah ni sebab ingatkan scammer mulanya, dalam masa sebulan saja meniaga tapi alhamdulilah jualan cecah ratus ribu jualan botol minyak tu sebab mereka anugerahkan tokoh ni kepada saya,” ujar Nilam kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi