suria

‘On-off’pakai tudung, Aprena Manrose anggap ujian buat diri sendiri

KEMUNCULAN pelakon Aprena Manrose yang sebelum ini dilihat tidak lagi mengenakan hijab ternyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Menjawab isu berkenaan, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, berkata, dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Saya tidak berani nak cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati. Pakai tudung itu wajib tetapi saya juga manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya juga ada ujian saya sendiri.

“Mungkin sebab saya orang kenal, jadi mereka ambil berat. Mereka sebenarnya tidak tahu apa saya lalui. Ya, buka tudung bukan alasan untuk hindar daripada masalah, berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri.

“Dan mungkin juga sebab saya daripada kecil tidak memakai hijab dan ini (pakai tudung) adalah benda baru untuk saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi