suria

Tiada lagi episod serangan panik, ubah gaya hidup bantu kesihatan mental Dina Nadzir

MASALAH kemurungan dan serangan panik dihidapi penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir sejak Mac tahun lalu semakin menunjukkan perubahan positif.

Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 40, berkata, saranan doktor memintanya melakukan pelbagai aktiviti bagi membantu memperbaiki emosinya menampakkan hasil sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tidak boleh nak cakap sudah pulih sepenuhnya sebab masih kena dapatkan penilaian doktor. Cuma Alhamdulillah keadaan saya tidak seburuk dulu dan sudah lama tidak kena serangan panik.

"Kalau dulu apabila kena serang, sampai tak mampu lakukan apa-apa. Saya tiada semangat hendak buat apa pun sampaikan kalau mandi pun saya boleh menangis dan rasa diri tak bernilai.

"Saya tidak bergantung pada sebarang ubat tetapi melakukan aktiviti sihat seperti turunkan berat badan, potong rambut dan fokus kepada kerja," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi