suria

Adam Corrie ada seorang lagi adik terpisah, putus hubungan sejak 50 tahun lalu

SELEPAS hampir 20 tahun bertemu kembali dengan adik lelakinya yang terpisah sejak lahir, pelakon Adam Corrie mendedahkan masih ada seorang lagi ahli keluarganya yang belum ditemui.

Kata Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 57, mereka terpisah sejak 50 tahun yang lalu memandangkan keluarga angkat adiknya itu memilih untuk memutuskan hubungan bersama ibu dan bapanya.

“Saya ada dua adik yang hilang. Satu telah pun dijumpai manakala yang seorang lagi memang sudah putus hubungan. Keluarga belah sana beritahu sudah putus silaturrahim.

“Sehingga kini kami tidak berjumpa. Kami terpisah sejak tahun 1974 lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Adam turut berkongsikan mengenai sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama ibu dan adik lelakinya.

"Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.

"Jadi untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-Allah akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi