suria

Dipuji makin ‘handsome’, Andika Putera turunkan berat badan kerana bisnes dan mahu nampak seri pengantin

KETAMPANAN personaliti media sosial Andika Putera menggayakan fesyen ‘old money’ meraih perhatian ramai lagi-lagi selepas badannya kini kelihatan semakin kurus.

Kata Andika atau Muhamad Andika Putera Salleh, 28, yang sudah berjaya menurunkan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam masa 12 minggu.

Menurut Andika, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana apa dilakukan itu memerlukan disiplin tinggi.

“Sebenarnya ada sebab mengapa saya memilih untuk menurunkan berat badan daripada 85 kg kepada 62 kg. Saya hanya makan sehari sekali sahaja iaitu pagi. Selepas pukul 12 saya hanya minum air sahaja.

“Selain itu, senaman pula saya akan buat skipping sebanyak dua kali sehari. Saya akan bangun awal pagi untuk solat tahujjud, kemudian saya skipping dan sambung solat subuh. Petang pula saya skipping pukul 6. Setiap hari tanpa rehat saya lakukannya,” katanya kepada mStar.

Andika memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar di Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Andika juga menafikan sesetengah mulut netizen yang mengatakan dia mengambil jalan singkat untuk menurunkan berat badan.

“Saya tidak boleh nak cakap apa (berkenaan tuduhan itu) sebab dalam dunia ini, semua benda kena kecam. Siapa yang kata saya ada buat apa-apa itu, tengoklah macam mana kerja kerasnya saya.

“Pergi bulan madu pun saya bawa tali skipping dan kasut sukan. Saya sangat disiplin (untuk turunkan berat badan). Saya tidak kisah dengan apa kata mereka sebb mulut orang tidak boleh senyap,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi