suria

10 tahun terlibat ‘Sepahtu Reunion Live’, Rahim terharu masih relevan terima sambutan penonton

PELAWAK Rahim Sepahtu mengakui bukan mudah untuk mengekalkan momentum program komedi Sepahtu Renioun Live bagi memastikan kekal relevan di setiap musim siaran.

Setelah 10 tahun bersiaran, Rahim atau Rahim Mat Ali, 55, berkata dia mula merasai sedikit tekanan untuk memastikan program tersebut diterima penonton.

“Untuk tempoh lebih 10 tahun apabila satu musim ada 12 episod jadi bukan satu perkara mudah untuk mencari isu diketengahkan dalam sketsa komedi.

“Dalam program Sepahtu Renioun ni semua ahli terlibat termasuk kru akan memberikan idea dan setiap pandangan tu kami memang akan halusi dan ambil kata sepakat untuk penambahbaikan program,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Rahim menyifatkan isu perselisihan faham membabitkan bekas anggota Sepahtu sebelum ini turut memberikan pengajaran buat mereka.

“Asam garam dalam industri seni itu biasa cuma kadang-kadang terhanyut sebab tu banyak jadinya hal sebelum ini tapi saya lebih suka untuk fokus kepada kerja dan berikan terbaik buat penonton,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi