suria

Hati Harissa Adlynn mudah tersentuh, tengok video kucing pun boleh menangis

KESIBUKAN kerja sebagai pelakon sama sekali tidak menghalang Harissa Adlynn mengikuti program amal dan kebajikan membantu mereka yang memerlukan.

Kata Harissa, 22, dia sentiasa mencari peluang untuk turun padang bertemu dan mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.

"Setiap kali ada masa terluang, saya akan ikut program kebajikan. Sejak dari kecil saya dah terbiasa dengan program sebegini.

"Mungkin sesetengah artis atau personaliti tak nak kongsi kerja amal yang mereka lakukan, tapi bagi saya pula saya berkongsi kerana berharap orang luar dapat lakukan perkara sama," katanya kepada mStar.

Harissa ditemui semasa penyerahan sumbangan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Asia Influencer Stars di Rumah Anak Yatim dan OKU Mesra, Petaling Jaya, Selangor.

Semasa acara itu berlangsung, Harissa dilihat menitiskan air mata ketika beramah mesra dengan seorang penghuni rumah kebajikan berkenaan.

"Saya memang cepat emosi, apabila tengok seorang penghuni di sini saya teringatkan nenek saya. Saya ni cepat menangis. Tengok video kucing mati pun saya boleh menangis. Jadi jangan buat saya menangis tau!" ujarnya.

Bercakap mengenai program penyerahan sumbangan kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif ASIA iaitu Datuk Abd. Rahman Soltan berkata program amal ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan influencer melibatkan diri dalam aktiviti luar yang lebih bermakna.

Screenshot 2025-02-05 162218

Abd. Rahman (empat dari kiri) mahu bawa influncer menyumbang kepada masyarakat.

Dengan pengaruh besar yang mereka miliki di media sosial, mereka mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan, malah mengubah perspektif bahawa influencer hanya menghasilkan kandungan biasa, sebaliknya mereka juga boleh menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti sosial.

Aktiviti yang dianjurkan semasa acara tersebut ialah penyampaian sumbangan dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan, dan makanan kepada penghuni rumah anak yatim dan OKU.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi