suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shukri Yahaya pun benci watak Eshaal, sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci

MENJADI sebutan ramai gara-gara membawa watak Eshaal dalam drama Curang Tanpa Niat, pelakon Shukri Yahaya mendedahkan ia merupakan nashkah yang paling sukar untuk dilakonkan sepanjang kariernya.

Mengakui dirinya juga tidak menyukai watak yang dibawa itu, Shukri, 37, meluahkan rasa takut jika watak tersebut membuatkan netizen membencinya dalam satu tempoh masa yang lama.

“Saya sendiri yang melakonkan pun benci dengan watak tersebut. Saya terima (watak) itu sebab mereka berikan kepercayaan kepada saya kerana mahu mencabar tahap lakonan saya.

“Saya akui berasa takut bila nanti orang ramai benci saya terlalu lama (disebabkan watak itu). Dan apa yang saya boleh beritahu adalah cerita ini merupakan paling susah untuk saya buat sepanjang karier (sebagai pelakon),” katanya kepada mStar.

Shukri berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Sedekat Menyinar di Kuala Lumpur.

Mengenai gaya rambutnya yang kelihatan tidak terurus dalam drama tersebut, Shukri menjelaskan ia adalah satu rancangan untuk membuatkan Eshaal lebih dibenci.

“Saya yang minta untuk buat rambut tersebut sebab bila orang sudah benci ini, dia akan serang kita punya fizikal. Dan antaranya ialah rambut saya. Jadi, setiap hari saya kerintingkan rambut itu sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi