suria

Dua tahun jaga bapa mentua sakit, Mark Adam sudah sedia kembali fokus karier seni

SEJAK dua tahun lalu, karier artis serba boleh Mark Adam dilihat suram sehingga ramai meluahkan rasa rindu mahu melihat kelibatnya di televisyen.

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, menjelaskan dia bukan menghilang sebaliknya sepanjang tempoh itu tumpuannya menjaga Allahyarham bapa mentuanya yang sakit.

"Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, saya memang agak sibuk menjaga bapa mentua saya yang sakit.

"Bukan hilang tetapi tumpuan banyak diberikan kepada menjaganya," katanya kepada mStar.

Bapa mentuanya iaitu Redzuan Abdul Malik menghembuskan nafas terakhir pada 5 April lalu selepas berbuka puasa.

Dalam pada itu, Mark memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali merancakkan kembali karier seninya.

Malah katanya, dia mahu memberi fokus kepada karier nyanyiannya yang ditinggalkan sejak sekian lama.

"Sekarang memang sedang menumpukan perhatian untuk kembali bekerja malah saya sudah ad alagu baru.

"Bulan depan pun saya akan mula kembali berlakon, jadi doakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi