suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akim Ahmad sedih netizen kritik nyanyian Amy Search... Bukan senang maintain tenaga macam masa muda

PENYANYI Akim Ahmad menyifatkan tindakan netizen yang mengkritik persembahan Datuk Amy Search di konsert Search Symphonic sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 33, bagaimanapun berkata kecaman adalah asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.

“Saya sedihlah tapi pada saya itu adalah asam garam yang perlu ditempuh oleh anak seni tak kira sesiapa pun.

“Walau macam mana pun, saya tetap meletakkan dia (Amy) pada satu tahap yang lain sebab apa yang pernah dia lakukan dulu, termasuk saya pun belum sampai apa yang dia pernah buat waktu dia muda dulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Akim memberitahu peningkatan usia juga menjadi penyebab wujud perbezaan tenaga dan stamina.

“Bila dah berusia siapa-siapa pun, saya pun yang baru masuk 33 tahun ini terasa juga perbezaan tenaga kalau ingin dibandingkan ketika umur 20an dulu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi