KEJADIAN pembantu rumah membawa masuk lelaki tidak dikenali ke rumah sama sekali tidak membuatkan personaliti media sosial Dr Say Shazril berasa serik untuk mengambil orang gaji bagi memudahkan urusannya dan isteri.
Dr Say bagaimanapun berkata isterinya iaitu Dr Azura Abas masih mempunyai perasaan was-was untuk mengupah pembantu rumah dari seberang.
“Pembantu rumah Indonesia sudah diusir, yang tinggal hanya dari Filipina sahaja. Apa yang saya perasan, sebelum pembantu Indonesia ini sampai, dia memang sangat baik dan ikhlas bekerja.
“Saya ingatkan mereka tidak bergaduh, tetapi rupanya banyak pertelingkahan yang berlaku,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Dr Say mendedahkan anak keduanya iaitu Sefriel masih berdepan trauma dengan insiden yang berlaku.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI