suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyamar guna nama siap post status merepek... Sophia Albarakbah bagi amaran, tak teragak-agak ambil tindakan

PELAKON Sophia Albarakbah bengang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan fotonya menyebarkan fitnah tidak benar di laman Facebook.

Mengulas mengenai perkara itu, Sophia atau Sophia Koshka, 31, berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan kerana perbuatan itu boleh menjatuhkan imejnya.

“Saya tahu mengenai perkara itu, saya sudah DM (mesej peribadi) individu berkenaan dan pelik kenapa dia gunakan nama saya untuk buat perkara pelik-pelik.

“Ramai orang ingatkan itu saya. Saya tak boleh nak kawal akaun palsu ini, dah buat laporan di Facebook tapi tak ada tindakan.

“Cuma saya nak pesan kepada orang ramai, kalau di Facebook ada orang guna nama saya tapi kongsi benda pelik-pelik, itu bukan saya!

“Saya akan cari jalan lain untuk selesaikan perkara ini, mungkin tindakan undang-undang akan diambil selepas ini,” kata Sophia.

Dalam perkembangan lain, Sophia muncul dalam filem terbaharu berjudul Jiwa 18 belas yang akan menemui penonton di pawagam bermula 18 Januari ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi