suria

Sengaja buat babak lucah pancing penonton... Ahmad Idham tak setuju pengarah selit unsur ‘soft porn’, ingat agama dan bangsa

PENGARAH Ahmad Idham tidak bersetuju unsur ‘soft porn’ atau adegan lucah digunakan bagi meraih publisiti bagi sesebuah filem atau drama.

Kata Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 50, pembikin filem dan drama perlu sedar tanggungjawab sosial yang dipikul dan perlu menghasilkan karya berimpak positif kepada masyarakat.

“Bagi saya mereka ini kalau dah tiada idea nak pancing penonton, mulalah buat kontroversi murahan macam itu (unsur softporn).

“Kita kena sedar kita ni rakyat Malaysia majoritinya orang Melayu beragama Islam, jadi saya selalu tekankan sebagai pembikin filem jangan pernah lupa tanggungjawab sosial kita untuk paparkan perkara positif kepada masyarakat.

“Saya akui masa awal masuk industri saya pernah berfikiran begitu seperti filem Rempit memang ada unsur seksis tetapi tidaklah ke arah porno,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, filem terbaharu Ahmad Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 mula ditayangkan pada 4 Januari 2023 dibintangi Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi