suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki murah bukan alasan mendabik dada, Namie tetap ambil ‘job’ RM500

REZEKI melimpah ruah dalam bidang seni tidak membuatkan pelawak Namie mendabik dada sebaliknya bersyukur dengan kepercayaan diberikan selepas menjuarai program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga dua tahun lalu.

Namie atau Najmi Shaharudin, 28, berkata, dia mahu dikenali sebagai pelawak walaupun ketika ini banyak menceburi cabang lain dalam dunia hiburan seperti berlakon, menyanyi dan bergelar penyampai radio.

“Keutamaan saya masih lagi seorang pelawak, bukan sebab bayaran tinggi malah kalau ada ‘job’ RM500 pun saya ambil.

“Pelawak ini sebenarnya boleh 'hidup' di mana-mana... Kadang-kadang boleh menyanyi dan berlakon.

"Kalau mengacara pula saya banyak menggunakan pengalaman sebagai seorang guru ketika mengendalikan sesuatu majlis," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi