suria

Haziq dah jadi artis, pasang impian genggam trofi pelakon kanak-kanak... Wartawan cilik mengaku susah cakap KL

DIKENALI kerana kepetahannya bercakap di hadapan kamera awal tahun lalu, pelakon Muhammad Haziq mengidamkan trofi pelakon terbaik kanak-kanak.

Kata Haziq atau Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 13, selepas melihat pelakon cilik lain memenangi anugerah, dia juga turut teruja dan memasang impian sama.

"Ya ada (impian menang anugerah), saya minta-mintalah kalau berlakon ni dapat menang anugerah atau sijil apa-apa.

"Perasaan saya bila lihat pelakon kanak-kanak lain menang anugerah, buatkan saya teringin perkara sama.

"Ikutlah dapat atau tidak saya okay dan percaya pada rezeki," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haziq juga berkongsi cabaran sebagai pelakon antaranya sukar untuk menterjemahkan skrip dengan baik kerana loghat utara yang agak pekat.

Sebelum ini, Haziq mula dikenali ramai selepas video memaparkan dirinya seperti wartawan yang sedang melaporkan penemuan seekor ular sawa di pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani.

Dalam perkembangan lain, Haziq merupakan pelakon utama bersama aktor Bell Ngasri dalam drama Hikayat Pak Belalang yang ditayangkan di Astro Ceria sejak 11 Disember 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi