suria

Polis giat kesan suspek pembunuhan, hadir buat tinjauan lokasi Zayn Rayyan ditemukan

PIHAK polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui tidak bernyawa pada malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan suspek malah meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

"Setakat pagi ini (Jumaat) belum ada apa, mungkin akan ada lagi maklumat pada masa akan datang dan kami memerlukan bantuan mana-mana pihak untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita dalam proses mendapatkan keterangan secara fizikal dan apa-apa yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Zayn dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sebelum ditemui tidak bernyawa di aliran anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman pada malam hari berikutnya.

Hasil bedah siasat mendapati Zayn, 6, mati akibat dibunuh susulan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Allahyarham dipercayai dibunuh di lokasi lain dan sudah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai berkenaan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi