suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidung kena ejek sejak kecil, influencer Nurin Lofa nekad buat pembedahan plastik... “Saya tak nak mancung, cuma nak tutup aib”

SERING menjadi mangsa ‘face shaming’, personaliti media sosial Nurin Lofa nekad mahu membuat pembedahan plastik pada hidungnya.

Diejek sejak kecil, Nurin atau Nurin Lofa Adrianna Kirana, 19, berkata, sebagai seorang pempengaruh dia tertekan apabila netizen selalu mengkritik mengenai rupa parasnya.

“Walaupun orang kecam saya macam-macam saya tak kisah tapi bila melibatkan hidung saya daripada zaman sekolah lagi orang ejek membuatkan saya rasa nak buat pembedahan hidung.

“Hidung saya ni senget, bukan semata-mata hidung saya ni besar... saya ni influencer buat review kena berhadapan depan kamera jadi bila post di media sosial netizen komen kenapa hidung macam lain je.

“Perkara itu buatkan saya rasa serabut dan tertekan, itu yang buatkan saya down,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi