suria

Pemalu orangnya! Pemandu lori kacak masih single, ramai DM cuba nasib... Tolak tawaran jadi model

BARU-BARU ini tular perkongsian video seorang lelaki bernama Iman Alif memandu lori kontena di media sosial sehingga meraih jutaan tontonan.

Video tersebut menjadi perhatian netizen kerana keupayaan pemuda berusia 22 tahun itu memandu jentera berat di samping memiliki rupa paras kacak.

Tidak menyangka video pekerjaan yang dikongsi itu tular, Iman atau nama sebenarnya Muhammad Iman Alif, 22, mengakui menerima banyak tawaran untuk menjadi model, namun terpaksa menolaknya kerana kekangan masa..

“Saya rasa okay saja bila video tular tapi kawan-kawan ramai tegur dan cakap tak sangka saya jadi terkenal sekejap sebabkan video yang dikongsikan itu.

“Ramai juga yang DM ajak saya berkawan antaranya golongan wanita pun ada, malah yang paling teruk siap ada mesej ajak buat perkara tidak senonoh dengan saya tapi saya tolak untuk perkara itu.

“Tak sangka juga lepas tular ni ada juga saya dapat banyak tawaran dan ada yang tawar untuk jadi model baju tapi buat masa ini saya tak berminat dan sibuk kerja,” kata Iman kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi