suria

Syukur sudah langsai hutang RM1.2 juta, pemuda tinggal dalam kereta harap boleh kumpul bersama keluarga semula

BERSYUKUR berjaya melunaskan hutang sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh masa dua tahun, lelaki bernama Ariff Luqman Peter Lisut kini boleh menarik nafas lega.

Selesai hutang berkenaan, Ariff, 27, berharap dapat kembali berkumpul bersama keluarga selepas sudah lama tidak berjumpa kerana isu tersebut.

“Hubungan dengan keluarga terlalu dingin sehingga ada yang tak jumpa langsung, jadi saya rasa elok dirahsiakan dahulu.

“Sebab saya buat ini semua untuk keluarga, niat saya selesaikan kerana Allah dan supaya saya dapatkan keluarga saya semula.

“Saya nak keluarga saya berkumpul balik macam biasa, sebab itu saya kongsi kehidupan saya di TikTok sebab saya tak dapat hubungi mereka cuma saya harap video saya buat tu mereka lihat dan tahu semua perkara dah selesai,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ariff juga memasang impian mahu memperisterikan teman wanitanya selepas krisis hutang yang dialaminya sudah berakhir.

“Sekarang selepas semua dah selesai saya memang betul-betul nak minta restu bapanya untuk ke peringkat seterusnya.

“Doa-doakanlah saya rakyat Malaysia seperti anda doakan saya keluar daripada hutang lepas,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi