suria

Bekas isteri Da'i Farhan bengang digelar munafik, tunjuk bukti tak tipu founder... “Awak punya spin kalah mesin basuh”

BEKAS isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin meluahkan rasa bengang apabila dituduh munafik dan penipu oleh seorang usahawan, Norsiyah Kasnawi.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Erin, 43, turut menjawab mengenai keputusannya untuk tidak lagi mengenakan tudung.

Sebaliknya Erin mendakwa pihak plaintif yang mengeluarkan kenyataan berputar belit.

“Jadi saya pergi Mekah masa itu kenalah pakai tudung labuh dan terus saya kahwin dengan Farhan, bila dah kahwin dengan seorang ustaz takkan nak buat rambut blonde lagi.

“Disebabkan kata-kata negatif netizen buatkan saya nak berubah tawar hati rasa macam kecewa sedikit.

“Jadi harap-harap janganlah tuduh orang munafik, sebenarnya awak sendiri (Norsiyah) yang munafik cakap spin mengalahkan mesin basuh,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, Hakim Norfadrina Zulkhairi memerintahkan Erin membayar tuntutan serta ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada Norsiyah.

Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Erin juga memberitahu dia akan meneruskan kes ini di mahkamah rayuan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi