suria

‘Lemak Manis’ versi kanak-kanak 2 tahun curi perhatian, rupanya memang penggemar lagu klasik... Selalu karaoke dengan bapa saudara

PERKONGSIAN video seorang kanak-kanak berusia 2 tahun iaitu Arfa Adwa menyanyikan lagu asli berjudul Lemak Manis nyanyian asal Roslan Madun meraih perhatian netizen apabila berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta di aplikasi TikTok.

Menariknya Arfa mempunyai keberanian untuk menyanyi di atas pentas malah cara nyanyiannya juga menunjukkan dia seorang yang berpengalaman kerana menyanyi mengikut tempo muzik yang tepat.

Berkongsi mengenai perkara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan iaitu Harnida tidak menyangka sambutan diterima sangat memberangsangkan selepas video anaknya itu tular.

“Video tu tular memang kami tak sangka pula boleh jadi macam ni sebab mulanya hanya rakam untuk buat kenangan saja dan kongsi di TikTok.

“Sebenarnya dia (anak) memang minat muzik dan mula mengesan bila usia setahun apabila bawa dia pergi kedai mainan kemudian dia pilih mainan alat muzik.

“Dia selalu nyanyi karaoke dengan bapa saudaranya... Mengenai lagu asli ni memang saya dan suami selalu pasang lagu ni tapi tak sangka pula dia minat lagu macam ni sampai boleh hafal lirik dan tempo,” kata Harnida kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi