suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat besar berebut mengurat pemuda tampan di TikTok... tapi maaf ya Fahd sudah berpunya

BARU-BARU ini tular video graduasi seorang pemuda bernama Fahd sehingga meraih tontonan sebanyak 5.9 juta di aplikasi TikTok.

Video tersebut menjadi perhatian kerana individu berkenaan dikatakan memiliki wajah tampan sehingga menarik perhatian netizen.

Selain itu, ada juga syarikat terkemuka menawarkan pekerjaan kepadanya dengan memberikan komen menerusi video tersebut.

Tidak menyangka video dikongsi itu tular, Fahd atau Fahd Mohd Fauzi, 23, mengakui terkejut dengan reaksi positif yang diterima.

“Sebenarnya memang tak sangka sebab saya suka buat video-video saja di TikTok tapi tak tahu kenapa ramai netizen tularkan saya pula.

“Banyak juga syarikat korporat yang tertarik dan komen pada video tersebut, lebih pelik ramai pula syarikat lain yang ikut.

“Alhamdulilah rezeki saya selepas tular ini dan harapnya akan lebih berkembang selepas ini,” kata Fahd kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi