suria

Danial Zaini kena kutuk guna ikan keli, ada kata fish and ‘cheap’... tapi sebenarnya lagi mahal dari dory!

KECOH di media sosial tentang layanan buruk diterima pelanggan ketika mengadakan majlis hari jadi di restoran milik pelawak Danial Zaini iaitu Paku & Pontianak sehingga insiden itu tular di media sosial.

Tidak hanya tentang servis, menu di restoran berkenaan juga didakwa tidak seperti diharapkan terutamanya hidangan signature iaitu paku, fish and chip sehingga ramai mengatakan ia tidak menyelerakan kerana menggunakan ikan keli.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 30, berkata, idea menggunakan ikan keli kerana mahu mengekalkan elemen kemelayuan dalam masakan di restorannya.

"Kenapa kami gunakan ikan keli adalah sebab kami nak kekalkan identiti restoran Asia yang digabungkan dengan elemen kemelayuan dalam makanan.

"Sebenarnya ikan keli lebih mahal daripada ikan dory yang sering digunakan untuk menu fish and chip malah isinya lebih tebal dan padat," jelasnya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi