suria

“Artis pun manusia biasa”… Yusry pertahankan pelakon, perlu cukup rehat tak boleh asyik dipaksa kerja lebih masa

PENGARAH Datuk Yusry Abdul Halim memberitahu setiap pekerjaan termasuklah pelakon memerlukan rehat secukupnya.

Kata Yusry, 50, artis juga manusia yang perlu berehat walaupun ada masanya perlu bekerja lebih masa.

“Saya rasa semua orang perlukan rehat... tak kisahlah apa sahaja pekerjaan mereka.

“Artis pun manusia dan ya dia pilih kerja itu tetapi semua manusia perlu waktu bekerja dan waktu rehat.

“Jadi saya rasa 12 jam itu adil sebab setengah hari daripada keseluruhan 24 jam,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Yusry baru sahaja habis mengarah drama bersiri terbitan VIU iaitu Nenek Bongkok Tiga yang dibarisi pelakon terkenal seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sofia Jane, dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi