suria

“Orang pertama tiada tandingan” - Ustaz Don minta isteri bersabar jika suami ada perempuan lain, kena susun strategi

PENDAKWAH Ustaz Don Daniyal memberi pandangannya tentang kehadiran orang ketiga yang mampu merosakkan ikatan sesebuah perkahwinan.

Berkongsi tip, Don, 38, berkata isteri haruslah bersabar jika mengetahui suami mereka mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

“Apabila isteri tahu bahawa suami ada perempuan lain, dia perlu belajar untuk bersabar. Susun semula strategi untuk memenangkan haknya semula.

“Jika suami suka pada perempuan lain, dia akan mencari alasan apa yang membuatkan isteri dia kurang supaya ada orang lain boleh menambah. Itu normal, semua orang mesti bersetuju tentang perkara tersebut,” katanya kepada mStar.

Dalam hal ini, Don berkata jika seorang isteri menunjukkan kemarahannya berdepan isu berkenaan, ia merupakan salah satu kekurangan yang mungkin akan menjadi alasan suami mencari pengganti.

Dalam pada itu, dia juga berpesan supaya pasangan suami isteri tampil beranikan diri meminta pertolongan dan nasihat daripada keluarga jika berlaku permasalahan antara mereka.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi