suria

Semakin matang As’ad Motawh! Kurang aktif bidang seni kerana fokus perniagaan, sedar karier nyanyian tak kekal lama

PENYANYI As’ad Motawh berkata dia kini kurang aktif dalam bidang hiburan kerana sibuk menguruskan perniagaan.

Seronok menceburi bidang baharu, As’ad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Mohammad Motawh, 21, berkata buat masa ini dia lebih memberi keutamaan kepada bidang perniagaan.

“Dalam industri seni As’ad tak berapa nak aktif sangat sejak daripada Covid-19 sebelum ini tidak keluarkan lagu lagi, mungkin akan ada lagu lain cuma buat masa sekarang ini belum boleh kongsikan sebab tidak tahu bila.

“Saya hanya lakukan perkara yang buatkan saya gembira, semasa muda memang seronok untuk bergelar sebagai penyanyi tapi saya dapati perkara itu akan kekal lama... jadi saya wujudkan perniagaan ini.

“Apa pun saya berterima kasih juga kepada semua haters yang memberikan kecaman kepada saya dulu, dengan apa yang pernah saya lalui itu menjadi saya seorang yang kuat pada masa sekarang dan menjadikan saya lali serta kebal dengan apa sekali pun,” kata As’ad kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi