suria

[V] Sidang media A. Aida jatuhkan reputasi Amelia Henderson - Saksi 

PENGURUS kepada Amelia Henderson memberitahu dia sendiri yang menandatangani kontrak bagi pihak aktres itu untuk drama Sekali Lagi Cinta Kembali pada 25 Januari 2022.

Siti Nursyuhada yang juga saksi ketiga kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran drama tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada perbicaraan hari kedua kes berkenaan yang diadakan pada Rabu.

Saksi turut memberitahu walaupun defendan pertama iaitu Amelia tidak menandatangani sendiri kontrak tersebut, namun dia masih bertanggungjawab untuk mengikut terma dan syarat ditetapkan.

"Defendan turut dimaklumkan tentang syarat dan terma kontrak," katanya pada sesi pagi perbicaraan berkenaan.

Aida X2

Idris dan A. Aida pilih berdamai dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Siti Nursyuhada berkata demikian bagi menjawab soalan daripada peguam defendan pertama di hadapan hakim, Tuan Zulqarnain Hassan.

Perbicaraan itu berhubung tindakan saman produser A. Aida yang mendakwa Amelia melanggar kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali apabila dia bertindak menarik diri sehingga menyebabkannya terpaksa menanggung kerugian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson yakin tidak bersalah, mahu terus ‘lawan’ A. Aida... hormat Idris Khan selesai luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan selesai luar mahkamah yang terbaik, Idris Khan tak tolak terus kerjasama dengan A. Aida

Dalam pada itu, saksi itu memberitahu mahkamah sudah enam tahun bergelar pengurus kepada defendan pertama.

Saksi turut bersetuju menandatangani kontrak bagi pihak defendan pertama adalah sebahagian skop pekerjaannya sebagai pengurus artis.

Dalam pada itu, saksi keempat pengurus produksi A. Aida Production iaitu Fazeyla Ahmad bersetuju sidang media dibuat penerbit Datuk A. Aida berhubung tindakan saman terhadap dua pelakon Idris Khan dan Amelia telah mencalarkan imej aktres tersebut.

Fazeyla turut bersetuju dengan tindakan defendan pertama membuat sidang video di Instagram bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerugian dialami A. Aida Production, Fazeyla tidak bersetuju angka yang dinyatakan adalah rekaan.

Bagaimanapun saksi bersetuju hanya baucar bayaran sebagai bukti menunjukkan jumlah kerugian tanpa ada dokumen lain bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Perbicaraan ditangguh ke tarikh 24 November 2022 pada pukul 2.00 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain