suria

Dunia akhir zaman, Bunkface tak perlu ikut trend buat gimik sebelum lancar lagu

LAGU Akhir Zaman daripada kumpulan Bunkface pernah mencetuskan kontroversi sehingga diharamkan di YouTube.

Kata vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 35, lagu tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa dan ia hanyalah luahan pendapat dan hak bersuara.

“Haritu kami nyanyi lagu tu pertama kali di konsert Hausboom.

“Feedback okay Alhamdulillah dan lagu tu kami tak ‘tembak’ mana-mana individu ia cuma laungan kebebasan bersuara.

“Ia cuma pendapat kumpulan kami,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bunkface antara artis yang akan memeriahkan konsert Absolut Music Fest yang akan diadakan di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada 4 sehingga 6 November depan.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi