suria

[V] Damian Mikhail lantang bersuara beri kritikan, V.E. pilih tinggalkan perdebatan sia-sia

ANGGOTA kumpulan VE tidak terkesan dengan tindakan bekas anggotanya, Damian Mikhail yang dilihat lantang bersuara mengkritik mereka secara terbuka di media sosial.

Salah seorang anggotanya, Hakim berkata, merka sedikit pun tidak goyah dengan kritikan negatif Damian sebaliknya menyifatkan penyanyi dan komposer itu berhak melontarkan pendapat atau kritikan terhadap V.E.

"Jika ditanya tentang Damian, terus terang saya katakan dia seorang yang baik.

1043437

Shah dan Damian (dua dari kiri) mengundurkan diri daripada V.E.

"Kalau itu cara dia meluahkan perasaan itu terserah kepada dia, kami okay sahaja dan 'jalan' macam biasa," katanya kepada mStar.

Hakim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Damian yang tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti dan mengharapkan elaun mingguan dan diminta melakukan persembahan lari daripada jenama asal seseorang artis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan disingkirkan, VE hanya beri ruang Damian Mikhail selesaikan hal peribadi - “Situasi yang dihadapinya melambatkan pergerakan kumpulan”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama pasang niat... akhirnya VE muncul dengan ‘Tunggu’ selepas 13 tahun menyepi

Damian dalam pandangannya berkata, penyanyi ini seharusnya sibuk mengadakan konsert, persembahan siaran langsung selain membikin single dan album untuk peminat.

Dalam pada itu, Cham pula memberitahu mereka tidak perlu membuang masa dengan berdebat dengan kenyataan dikeluarkan Damian kerana masih terdapat perkara lain perlu diberikan perhatian termasuk pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang sedang berlangsung.

DM

Pandangan Damian mengenai perkembangan dunia muzik.

Kata Cham, mereka menghormati pandangan dilontarkan penyanyi dan komposer itu namun sebagai barisan V.E yang baharu mereka perlu kekal positif dan fokus terhadap hala tuju kumpulan berkenaan.

"Damian sendiri ada memberitahu bahawa Iman Ghazali ada berkata tinggalkan debat yang sia-sia. Kami bersetuju dengan perkara itu... perdebatan sia-sia.

"Kita yang berada di sini dan berjuang, tidak mahu perkara negatif memberi kesan kepada kami," ujarnya.

Tambahnya lagi, V.E. sedikit pun tidak terjentik atau terasa hati dengan apa diperkatakan Damian kerana dia mempunyai hak untuk melontarkan pendapatnya sebagai pemain industri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain