suria

Tak perlu ‘meroyan’ tiada job, Danny X-Factor tidak memilih kerja asalkan halal… seronok bawa grab dan jual burger

PELAKON Danny X-Factor mengakui pernah menjadi pemandu e-hailing dan berniaga burger untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Tidak malu berkongsikan mengenai pekerjaan tersebut, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 42, berkata pekerjaan tersebut menjadi sumber pendapatannya semasa pandemik Covid-19.

“Sekarang ini saya banyak lakukan kerja belakang tabir sebagai pembantu penerbit dan kalau berlakon pun mungkin akan selit-selit dalam drama tersebut.

“Saya lihat ramai sangat rakan artis yang meroyan di media sosial untuk minta bantuan, macam saya buat semua kerja... pekerjaan pemandu Grab pun pernah saya buat dan juga menjual burger dan itu kerja sisi saya.

“Saya bekerja sebagai pemandu Grab ini sejak 2017, inilah yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu,” kata Danny kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Danny memberitahu dia lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro tahun depan.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi