suria

“Saya akan kejar sampai lubang cacing” - Baby Shima sedih kena tipu, bengang lelaki nama Jamal ‘songlap’ duit

PENYANYI Baby Shima meluahkan rasa bengang apabila menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang tergamak melarikan wang miliknya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Mahu menuntut semula haknya, Shima menggesa individu dikenali sebagai Jamal itu memulangkan semula wang tersebut dalam tempoh 24 jam.

Difahamkan, wang tersebut bayaran pendahuluan untuk memulakan perniagaan baharu.

“Shima geram sebab bukan sikit ya duit yang kena tipu tu tapi puluhan ribu ringgit dan sehingga sekarang ini masih belum pulangkan... dia senyap macam tu saja.

“Sebenarnya Shima berikan duit tu atas tujuan perniagaan tapi belum boleh dedahkan perniagaan sebab nak buat kejutan, sebab tu Shima percayakan dia... daripada segi percakapan semua memang menyakinkan sebab dia dicadangkan oleh rakan saya.

“Mulanya ingat dia tak berani nak tipu sebab kalau tipu juga saya akan tularkan dia di media sosial, tapi sebaliknya tak!

“Saya memang geram sangat sekarang ini, kepada abang Jamal... jangan sampai Shima buat macam-macam dekat kau, jangan sampai Shima lukis muka dekat kertas dan tunggu nanti apa jadi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO AKUSTAR YANG DISEDIAKAN INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi