suria

[V] Cik B bukan suka-suka potong rambut pendek macam lelaki, rupanya Vida yang suruh… “Tapi mama gunting tak lawa”

TINDAKAN anak sulung usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B menggunting pendek rambutnya mengundang kecaman daripada netizen.

Ini kerana penampilan baharunya itu dilihat kurang sesuai digayakan seorang remaja perempuan kerana dikatakan menyerupai lelaki.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 17, berkata ibunya yang memberi cadangan imej baharu berkenaan kerana rambutnya sudah rosak.

"Mama kata rambut saya rosak... jadi mama guntingkan rambut yang rosak itu sebab nanti rambut tumbuh yang baharu.

unknown_127852238_827558848077243_6488961382617720757_n

Tindakan Cik B potong pendek rambutnya mengundang kritikan segelintir netizen media sosial.

"Tapi rambut bahagian atas saya tak bagi mama sentuh. Mama guntingkan tapi tak cantik, saya terpaksa pergi kedai gunting rambut lain untuk betulkan semula.

"Rambut saya rosak sebab warnakan rambut dan tak jaga dengan betul. Kalau tak gunting lambat laun dia akan botak. Sekarang ni rambut pendek lebih okay," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang baju mahal rosak dalam almari, Cik B pakai bukan nak menunjuk... “Kenapa semua panas?”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum vokal Vida makin baik, rasa emosi sampai keluar air mata... MV Ku Ikhlaskan telan belanja RM400,000

Dalam pada itu, Cik B sempat memberikan pesanan kepada netizen yang menulis kecaman terhadap dirinya dan ibunya mengenai penampilan baharu itu.

"Saya abaikan sahaja komen-komen itu sebab saya pun dah lali. Dah tak kisah, bagi saya... You do you, I do me.

"Sebab mulut masing-masing tak boleh nak tutup jadi kalau yang membenci tu dosa masing-masing, jadi mereka dah derma pahala kepada kitalah," ujarnya.

Saya abaikan sahaja komen-komen itu sebab saya pun dah lali. Dah tak kisah, bagi saya... You do you, I do me.

CIK B

PENYANYI

Sebelum ini, penampilan Cik B berambut pendek menerima kecaman netizen kerana dikatakan seperti seorang lelaki.

Menerusi Instagram, Vida berkata dia tidak kisah jika Cik B tampil dengan imej sedemikian kerana mahu anaknya itu menerokai zaman remaja serta melakukan apa yang disukai.

"Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja," tulisnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain