suria

Tulang rusuk kanan Mafarikha terpaksa ditebuk, ada kemungkinan hidap tibi 

Mafarikha harap prosedur itu berjalan lancar.

PENYANYI Mafarikha Akhir yang dijangkiti Covid-19 tahap lima sejak Selasa lalu memaklumkan tulang rusuk bahagian kanannya akan ditebuk pada petang Khamis.

Mafarikha, 29, berkata, doktor menyarankan dia menjalani prosedur berkenaan selepas paru-paru bahagian kananya berada dalam keadaan tidak stabil.

Prosedur itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti jenis cecair yang terperangkap di dalam bahagian organ berkenaan.

Mafarikha dijangkiti Covid-19 tahap lima.

"Disebabkan kandungan cecair dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak, pihak hospital sarankan untuk tebuk tulang rusuk kanan untuk periksa sama ada cecair yang tersekat itu jenis lendir, darah atau pun air," katanya.

Mafarikha memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram Story miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang air masuk paru-paru, Mafarikha terpaksa tahan lapar beberapa hari... alami batuk berdarah akibat Covid-19 tahap lima

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah persembahan kurang menyengat, Dina Nadzir dedah dijangkiti Covid-19 minggu kedua GV9... “Suara pun belum baik lagi”

Sebelum ini, Mafarikha memberitahu dia terpaksa berpuasa selama beberapa hari kerana dikhuatiri air akan masuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, Mafarikha menjelaskan keadaan tersebut bukan disebabkan oleh Covid-19 tetapi berkemungkinan tuberkulosis atau tibi.

Penyanyi itu juga memaklumkan dia akan menjalani prosedur berkenaan pada petang Khamis dalam keadaan separuh sedar.

"Punca rasanya bukan kerana Covid-19 tetapi mungkin tibi. Insya Allah prosedur akan dilakukan petang ini dalam keadaan separuh sedar.

Penjelasan Mafarikha tentang keadaannya di Instagram.

"Doktor akan bius dan guna alatan baru. Boleh ada kemungkinan untuk terkena paru-paru tapi harapnya tidak, kita nak tengok cecair jenis apa dan membuangnya," jelasnya.

Sementara itu, Mafarikha turut mengharapkan doa daripada peminat agar segala urusan menjalani prosedur berkenaan berjalan lancar.

Terdahulu, penyanyi ini memaklumkan dia sedang menerima rawatan di Hospital Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 sejurus selepas pulang dari Turkiye bersama suami.

Mafarikha turut berkongsi dia mengalami beberapa simptom seperti kesukaran bernafas selain mengalami batuk berdarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain