suria

Bimbang baju mahal rosak dalam almari, Cik B pakai bukan nak menunjuk… “Kenapa semua panas?”

Cik B pilih berpakaian selesa berbanding berjenama.

PENAMPILAN serba mewah Cik B yang merupakan anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menerima kritikan sehingga ada menuduhnya tiada citarasa dalam berfesyen meskipun menyarungkan pakaian serta aksesori bernilai ribuan ringgit.

Ketika orang ramai mempertikaikan gaya dan pemilihan fesyen yang dikenakan oleh Cik B itu, ada juga mereka yang mempersoalkan keaslian barangan mewah milik anak usahawan itu.

Menjawab tuduhan netizen itu, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen berkongsi pemeriksaan keaslian jam tangan berjenama Chopard berwarna merah jambu yang dihiasi keemasan berlian berharga RM530,000 itu.

Cik B buktikan jam tangan Choprad miliknya asli.

Perkara itu dikongsikan di Instagram miliknya berserta kapsyen ringkas bagi menjawab tuduhan netizen.

"Hehe..." kongsinya ringkas.

Dalam pada itu, Cik B juga menjelaskan bahawa dia tiada sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk Outfit of the Day (OOTD) yang mencecah RM657,750 itu sehingga tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B bagi amaran! Simpan rahsia kenapa halang cinta Vida dan Iqbal - “Saya boleh je spill the tea kenapa tak nak mama kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B berubah sikap... bekas PA minta Vida terus-terang dengan anak tentang rancangan kahwin - “DSV suka rahsia, sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu”

Remaja berusia 17 tahun itu menjelaskan baju berjenama Christian Dior itu dibeli tahun lalu namun hanya sempat memakainya pada tahun ini.

Malah katanya, dia langsung tidak terfikir tentang gaya dan hanya pakai apa dirasakan selesa.

"Baju tu beli tahun lepas, tapi tahun ini baru pertama kali pakai. Cik B main 'rembat' sahaja apa dalam almari, asalkan selesa.

Bukan nak flex dan style sangat pun.

CIK B

PENYANYI

"Bukan nak flex (menunjuk) atau style sangat pun. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?," tulisnya di Twitter.

Cik B turut menjelaskan baju yang dibeli itu merupakan pakaian bundle dan sayang sekiranya dibiarkan rosak di dalam almari.

"By the way, baju Cik B sebelum ini semua bundle. Kalau tak pakai baju Dior tu, nanti rosak pula terbiar dalam almari," jelasnya.

5

Penampilan mewah Cik B dikritik netizen.

Sehubungan itu, rata-rata netizen meminta agar Cik B mengabaikan kata-kata negatif dan fokus kepada perkara positif.

"Biasalah Cik B, orang yang panas ni ada masalah hati dengki. Pakai je apa-apa pun.

"Cik B tak flex pun, orang bangang je sibuk ambil tahu harga barang dia pakai.

"Tak apa Cik B, janji pakai baju bukan telanjang. Dia tu sibuk je orang pakai apa," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain