suria

Cik B bagi amaran! Simpan rahsia kenapa halang cinta Vida dan Iqbal - “Saya boleh je spill the tea kenapa tak nak mama kahwin”

Cik B menegaskan bahawa pendiriannya masih sama agar hubungan ibunya dengan bekas pembantu tidak diteruskan.

PERSOALAN demi persoalan terus bermain di fikiran ramai tentang mengapa anak sulung Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkeras menghalang rancangan perkahwinan ibunya dengan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Namun kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia punya alasan tersendiri yang sukar dikongsikan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburan Cik B tunjuk reaksi geli tengok video ‘sweet’ Iqbal dan Vida, berkeras halang cinta ibu - “Saya tak suka ada ayah baru!”

Jelas Cik B jika dia terus membuka mulut, ia akan menjatuhkan beberapa pihak termasuk ibunya sendiri.

"Saya boleh je spill the tea kenapa saya tak nak mama kahwin.

Cik B menegaskan bahawa pendiriannya masih sama.

Jawapan Cik B kepada pertanyaan pengikutnya di Instagram.

"Tapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama, so better saya diam.

"Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja," luahnya ketika menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya di IG Story pada Jumaat.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Cik B berkata faktor perbezaan usia antara Vida dan Iqbal menjadi kebimbangannya andai ibunya benar-benar mahu berkahwin lagi.

Kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama, so better saya diam.

CIK B

ANAK

Kata Cik B, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

"Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?"

TONTON VIDEO PENJELASAN CIK B!

"Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka.

"Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik... lagi pun saya tak suka ada ayah baharu," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Cik B, DSV, Iqbal, Vida kahwin, Cik B tak restu

Artikel Lain