suria

Selepas ‘gaduh-gaduh manja’ Caprice dan Sharnaaz Ahmad bersemuka lepak kedai makan - “Yang salah dan betul sudah selesai”

Sharnaaz dan Caprice akhirnya bertemu di sebuah restoran pada Rabu.

KEMELUT antara penyanyi rap Caprice dan Sharnaaz Ahmad nampaknya sudah selesai apabila kedua-dua selebriti itu bersemuka pada petang Rabu.

Pertemuan di sebuah restoran itu bertujuan menjernihkan hubungan dan salah faham yang tercetus antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharnaaz ajak Caprice berdamai, mengaku kerap bergurau kasar - “Sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharnaaz sindir pakai serban, cakap pelat... Caprice tak duduk diam - ”Dari jauh je berani sotong, nak cari masalah dengan saya?”

Enggan bermusuh, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata semua salah faham sudah diselesaikan dengan cara matang.

"Semuanya baik-baik saja. Kami berdua banyak lagi benda yang lebih penting dan besar untuk diuruskan daripada bertekak serta bermusuh.

"Yang salah dan betul sudah diselesaikan secara matang," kata Sharnaaz secara ringkas kepada mStar.

Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut kerana menganggap semuanya sudah selesai.

Caprice menerusi Instagram miliknya sebelum ini berkongsi rakaman dia sedang berbual rancak bersama Sharnaaz di sebuah restoran pada Rabu.

Yang salah dan betul sudah diselesaikan dengan secara matang.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Tanpa memberi sebarang penjelasan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hanya meletakkan emoji berbentuk 'love'.

Rata-rata netizen di ruang perkongsian tersebut memuji sikap profesional Caprice dan Sharnaaz dalam menangani masalah antara mereka.

Cerita panas mereka bermula apabila Caprice kurang senang melihat gelagat Sharnaaz mengusik rakan selebritinya iaitu Shukri Yahya semasa IG Live pada 9 Oktober lalu.

Walaupun Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama, namun filter memakai serban dan slang gaya percakapannya semasa bersiaran dipercayai menyerupai penyanyi rap berkenaan.

Caprice mahu bersemuka dengan Sharnaaz selepas dia selesai menjalani tempoh kuarantin.

Isu bermula apabila Caprice kurang senang dengan gelagat Sharnaaz yang seakan-akan memerlinya di IG Live.

Isu bermula apabila Caprice kurang senang dengan gelagat Sharnaaz yang seakan-akan memerlinya di IG Live.

Gurauan Sharnaaz itu ternyata membuatkan Shukri tidak tahan ketawa hingga dia bertindak menyembunyikan wajahnya.

Enggan berdiam diri, Caprice segera memuat naik video yang sama di Instagram dengan suntingan menambah klip drama lakonan Sharnaaz berjudul Suamiku Encik Sotong.

Perbalahan antara Sharnaaz dan Caprice cepat sejuk apabila pelakon itu segera tampil menyelesaikan salah faham antara mereka.

Enggan memanjangkan isu lagi, pelakon filem Jebat itu menerusi laman Instagram mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterlaluan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain