suria

Sedar ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas, Fasha Sandha profesional dan tahu batasan dengan pelakon lelaki

Fasha tahu menjaga batas sebagai seorang isteri dan pelakon.

SENTIASA mengamalkan sikap profesional, Fasha Sandha juga tahu untuk menjaga batas apabila bergandingan dengan pasangan pelakon lelaki meskipun suami sendiri iaitu Aidil Aziz turut sama terlibat dalam sebuah drama.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mana-mana babak bersama pelakon Zarul Husin dan Afieq Shazwan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku adalah hanya memenuhi kehendak naskhah tersebut.

“Setiap babak yang saya jayakan dalam drama tersebut adalah mengikut permintaan naskah. Pastinya apa yang saya buat ada batasan dan perlu bersikap profesional.

“Saya perlu respect semua pelakon kerana mereka juga ada pasangan sendiri. Ketika di set saya adalah Datin Safieya (watak dalam drama), tetapi di luar, saya tetap isteri kepada Aidil Aziz,” katanya kepada mStar.

fasha 3

Fasha sedar ada babak lakonannya akan menjadi kecaman netizen.

Fasha ditemui di majlis sidang media drama tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Melakonkan babak-babak romantis dengan gandingan hero, Fasha sedar ia bakal menjadi sebutan dan tidak dapat lari dari kecaman netizen apabila drama itu ditayangkan bermula 23 September ini di aplikasi iQiyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha izin suami lepak dengan kawan-kawan, akui lelaki juga perlukan ‘me-time’

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka 2 dekad bergelar pelakon, Fasha Sandha masih tuntut ilmu dengan Fauziah Nawi

Bagi Fasha apa lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi jalan cerita drama tersebut kerana ia sering terjadi dalam kalangan masyarakat namun jarang diketengahkan.

“Apabila mula mendapat skrip drama ini, saya melihat ia satu karakter berbeza. Walaupun ada babak yang sedikit ‘daring’ tetapi saya amat pentingkan pengajaran di sebalik drama ini.

“Saya tahu ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas mereka. Saya tidak kisah kerana saya hanya bertugas dan menjayakan watak tersebut atas permintaan naskhah. Perkara begini berlaku dalam dunia,” ujarnya.

Walaupun ada babak yang sedikit ‘daring’ tetapi saya amat pentingkan pengajaran di sebalik drama ini

FASHA SANDHA

PELAKON

Drama arahan Ejump Mohd ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Datin Safieya (Fasha) yang curang terhadap suaminya Datuk Jefri (Zarul) selepas mengetahui lelaki itu turut melakukan perbuatan sama.

Safieya bertemu dengan Rizal (Afieq) dan menjanjikan kehidupan mewah jika bersetuju menjadi kekasih gelapnya.

Sementara itu menurut Aidil yang memegang watak Syahrul iaitu kekasih lama kepada Safieya, dia tidak pernah rasa cemburu akan gandingan isterinya dengan pelakon lain kerana faham tuntutan kerja.

fasha 1

Barisan pelakon bersama pengarah (kiri) drama Rampas Cintaku.

“Saya tidak ada masalah untuk isteri berlakon dengan hero lain kerana saya juga seorang pelakon. Tidak ada rasa cemburu.

"Jika ada pun hanyalah kerana saya tidak mendapat watak utama dalam drama ini kerana saya percaya kalau digandingkan bersama ia boleh menjadi lebih menarik.

“Hero-hero dalam drama ini menjadi pasangan kepada isteri saya hanya dalam drama. Selesai penggambaran, Fasha masih isteri saya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain