suria

Haji Zil harap konflik A. Aida, CEO Awesome TV selesai cara baik… cuma minta bayaran dipercepatkan - “Kita untung tak besar”

PENERBIT Haji Zil berharap isu membabitkan penerbit Datuk A.Aida dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas dapat diselesaikan secara baik.

Menurut Haji Zil atau nama sebenar Fadzil Teh, industri hiburan Malaysia ini kecil dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

“Dua-dua saya sayang, harap perbalahan itu dapat diselesaikan secara baik.

“Industri kita kecil saja, saya tak nak tersepit dalam isu ini. Harap mereka dapat bekerjasama selepas ini.

“Kami happy kerja dengan Awesome TV cuma kalau boleh nak Awesome faham, kita untung tak besar, kalau boleh payment laju sikit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haji Zil turut mengulas mengenai tindakan penyanyi Zizi Kirana yang sering menemani suaminya iaitu Yusuf Bahrin di set penggambaran.

“Biasalah tu mereka baru kahwinkan. Pada saya okay je sebab mereka baru kahwin... orang baru kahwin ni biasalah tak boleh berenggang.

“Macam masih tak boleh berjauhan macam itu... tapi setakat ni Zizi tak pernah ganggu penggambaran kita,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi