suria

Lupa diri ketika hidup senang… Amir Jahari tukar nama ‘Hamba’ kerana tekanan hidup, diuji masalah kewangan

PENYANYI Hamba mendedahkan dia berdepan tekanan yang teruk sehingga mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia muzik dan tidak lagi menggunakan nama Amir Jahari pada tahun 2020.

Kata Hamba atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 30, dia tertekan kerana dibelenggu pelbagai masalah terutamanya dari segi kewangan.

“Faktor utama sebenarnya ialah tekanan... perkara itu pernah menyebabkan saya cuba bunuh diri juga.

“Jadi tekanan tu lebih kepada masalah keluarga dan kewangan.

“Pernah satu ketika saya sangat-sangat tiada kerja dan tiada duit.

“Anak saya tiada pampers kami makan nasi dengan kicap je untuk sebulan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi