suria

Tendency selebriti nak jadi bipolar ni memang tinggi” - Hafiz Hamidun simpati dengan Janna Nick, minta kembali kepada agama

TATKALA masih dalam pandemik Covid-19, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun akui tidak mendapat banyak jemputan untuk membuat persembahan pada bulan Ramadan.

“Ramadan tahun ni macam tahun lepas juga, tak banyak program... tiada persembahan umum sebab masih dalam pandemik.

“Saya hanya menghabiskan masa dekat studio je la dan keluarkan single terbaharu dengan Zizi Kirana, ” ujarnya kepada mStar.

Selain itu Hafiz turut memberikan nasihat berhubung isu pelakon Janna Nick yang tampil mendedahkan menghidap penyakit bipolar.

“Saya kenal Janna Nick dalam bidang kerja sahaja, saya tahu dia seorang yang kuat bekerja.

“Saya tak nafikan kerja dalam industri sebagai selebriti ni kita cenderung untuk menghidap bipolar.

“Apa-apa pun kita kembali kepada agama, ingat kepada Allah.

“Kena banyak bersyukur, walaupun masalah tetap ada... kita kena juga overcome masalah, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi