suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Neelofa banyak bagi inspirasi kepada wanita” - Amyra Rosli kongsi tip untuk berubah, jangan takut hilang ‘job’

PELAKON Amyra Rosli bersyukur apabila perjalanannya ke arah yang lebih baik sebagai wanita Muslimah begitu lancar tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Malah Amyra atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 29, berkata tugasnya sebagai pelakon dan duta produk juga tidak terjejas dengan penampilan baharunya itu.

“Alhamdulillah tiada tawaran job yang ditarik balik, makin banyak adalah. Mungkin ini adalah rezeki berhijab, anak-anak dan suami.

“Untuk anda yang ingin berubah ke arah yang lebih baik, teruskan je niat itu. Tiada apa yang menghalang dan rezeki itu tidak salah alamat,” ujarnya kepada mStar.

Amyra tampil berhijab sejurus pulang daripada mengerjakan ibadah umrah sekitar Oktober 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi