“Janna Nick terkena sinus infection & muntah-muntah, dikejarkan ke wad kecemasan” - Dini - Video | mStar

“Janna Nick terkena sinus infection & muntah-muntah, dikejarkan ke wad kecemasan” - Dini

PELAKON Janna Nick dilaporkan terkena sinus infection yang menyebabkan dia demam dan muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada Selasa.

Teman lelakinya, Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann juga menjelaskan suhu badan pelakon drama rantaian Cari Aku Di Syurga itu meningkat sehingga 40 darjah Celsius.

“Janna sebenarnya dah mula demam empat hari lalu, namun pemeriksaan di klinik menyatakan dia hanya mengalami demam virus.

“Tapi dia tetap push dirinya untuk menghadiri sesi latihan sebuah teater yang akan mula dipentaskan esok, namun ketika sesi latihan malam semalam dia mula muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan dan terus ditahan di wad,” kata Dini kepada mStar.

Dini Azan Schatzmann , Janna Nick
Semua
Hiburan
Berita
Variasi