Peminat nak tengok Syafiq Farhain terus jadi 'abang bomba' - Video | mStar

Peminat nak tengok Syafiq Farhain terus jadi 'abang bomba'

PENYANYI Syafiq Farhain berkata tiada masalah untuk dia meneruskan karier nyanyian meskipun terikat dengan kerjaya tetap sebagai seorang anggota bomba.

Menurut Syafiq, minat terhadap bidang muzik dan badan beruniform itu membuatkan dia tidak terbeban dengan dua tugas berat tersebut.

"Saya bertugas dalam waktu pejabat, jadi tak ada masalah untuk terima tawaran nyanyian selepas waktu kerja, malam ataupun hujung minggu.

"Buat masa ini saya masih boleh ikut jadual padat ini, rehat pun cukup sahaja. Sejujurnya, tak terlintas pun di fikiran saya untuk berhenti sebagai bomba," katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 AME2019 yang diadakan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini berkata dia turut menerima nasihat daripada peminat yang memintanya untuk meneruskan kerjaya tersebut.

"Rata-rata peminat meminta saya tak berhenti kerja bomba dan mahu saya teruskan kerjaya murni itu.

"Mungkin mereka ada pengalaman sendiri, jadi saya terima pandangan mereka sebaiknya dan akan terus memikul tanggungjawab ini.

"Memandangkan dua-dua bidang ini memang saya suka, jadi tak pernah ada rasa letih atau penat. Saya seronok!," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi