Jihan letak syarat selepas bertudung, 'stylist' diminta tak buat gaya jelik - Video | mStar

Jihan letak syarat selepas bertudung, 'stylist' diminta tak buat gaya jelik

MULA mengenakan hijab sejak awal tahun lalu, penampilan terbaharu Jihan Muse mendapat pujian ramai peminat.

Ada yang kata pengacara program Gegar Vaganza ini nampak lebih manis dan ayu apabila mengenakan tudung.

"Saya tak tahu nak jawab apa. Terima kasih atas pujian-pujian itu, saya harap tak terleka dan alpa dengan pujian kerana semua itu milik Allah SWT.

"Sejujurnya, apabila berhijab lebih senang nak bersiap, tak ada nak pening fikir nak buat rambut, sarung sahaja tudung.

"Kalau hari biasa pakai tudung bawal sahaja, senang! Jika waktu berkerja, tim pengurusan saya yang akan bagi cadangan fesyen dan gaya yang sesuai. Tapi saya letak syarat, asalkan benda itu tak berapa menjelekkan," katanya kepada mStar Online.

Jihan Muse ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 AME2019 yang diadakan pada Selasa.

Untuk AME2019, Jihan dipilih menjadi pengacara bersama dua lagi selebriti iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa.

Ditanya mengenai gelaran 'ratu parodi' yang diberikan oleh peminat, Jihan berkata dia tidak kisah mengenai gelaran tersebut jika ia membawa maksud positif.

"Kalau sebutan itu perkara baik, saya okey sahaja. Buat parodi ini memang kerja saya dan selesa melakonkan aksi sedemikian," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL BERSAMA JIHAN MUSE YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi